Saturday 6 October 2012

Hanya mampu tersenyum

Tak semua perkataan dapat dibalas dengan perkataan. Kadang kadang hati terlalu senang sehingga sukar mengeluarkan ayat. Kesyukuran dalam hati ini Allah sahaja yang tahu. Ya Allah betapa gembiranya aku di saat dia lafazkan kata kata CINTA. Saat itu, aku hanya mampu tersenyum lantas memanjatkan kesyukuran. 

Yaa awak, kita akan belajar betol betol, dapat kerja bagos bagos, lepas tuh kumpul duit untuk kahwin nanti. Amin Ya Rabb :')

" Habes belajar nanti kita teros kahwin :) "

Thursday 4 October 2012

Dugaan

Dugaan yang datang mematangkan aku. Aku harap aku kuat menghadapi semua. Aku harus tetap dengan hubungan ini. Aku akan. Aku sayang dia. Terlalu sayang. Aku nak dia tahu yang aku hanya ada dia seorang saja. Tiada yang laen. Dan tak akan ada yang laen. Demi Allah, aku inginkan hubungan ini kekal hingga ke syurga. Ingin kan dia menjadi yang halal untuk aku dunia dan akhirat. InsyaAllah.

"Ya Allah, mohon Kau kuatkan hati kami. Tetapkan hati kami. Dan yang paling penting, jauhkan segala perkara yang mendatangkan keburukan untuk kami. Amin. Aku tahu Kau Maha Mendengar. Terima kasih Ya Allah."

Saya terlalu lemah awak. Lemah sangat. Dan banyak kurangnya. Kerana itu saya perlukan awak bersama saya walau apa pon yang jadi. Sentiasa bimbing saya ke jalan yang diredhai-Nya. Jangan pernah berhenti.

I won't give up on us
This is my promise 
Please stay
 I love you so much



Sunday 26 August 2012

Selamat Ulang Tahun

Selamat Ulang Tahun yang ke-20 sayang :) Saya doakan awak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki . Semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga . InsyaAllah . Amin .
Kenangan pada hari ini memberi seribu satu makna buat aku . Alhamdulillah . Aku bersyukur dengan kurniaan nikmat oleh-Mu . Nikmat sebuah kasih sayang yang tidak ternilai . Aku harap ianya akan kekal selama-lamanya . InsyaAllah . Terima kasih abah . Terima kasih mama . Terima kasih awak . Terima kasih Ya Allah

Thursday 16 August 2012

Cuba Menjadi Sempurna

Aku tak sempurna . Sangat tak sempurna dan banyak sangat kelemahan . Tapi aku tahu aku boleh cuba untuk jadi sempurna di mata dia . Aku cuma ingin jadi yang terbaek untuk dia . Aku minta maaf atas salah , kurang dan lemah yang ada dalam diri ini . Aku hanya manusia biasa yang masih memerlukan bimbingan .

Namun , aku tengah mempersiapkan diri yang lemah ini ke arah yang lebih baek walaupun untuk kita . Yaa awak , saya akan belajar masak , saya akan belajar jaga rumah , saya akan belajar jaga awak & yang paling penting saya akan penuhkan ilmu :) Saya ingat semua pesan pesan awak . Terima Kasih . InsyaAllah .

Apa yang saya inginkan adalah doa yang ikhlas dari awak . Saya sayang awk kerana Allah . Allah itu Maha Mengetahui . InsyaAllah dengan restu oleh abah & mama , ayah & mak kita , kita dapat membina mahligai impian bila sampai masa tuh . Amin . Semoga rasa yang dikurnia oleh Allah s.w.t ini akan kekal hingga ke Syurga .