Wednesday 8 August 2012

Peluang Dan Perubahan

Pengajaran yang datang telah mengajar aku semua . Membuat aku lebih membuka hati ini dan membuka mata . Walau aku telah merosakkan sebuah kepercayaan yang utuh , namun aku berjanji akan membina semula sebuah erti kepercayaan sebenar . Aku tahu untuk baiki nya memang mudah , dan aku juga tahu untuk dipercayai semula sama sekali sukar . InsyaAllah , dengan niat yang ikhlas , aku mampu mengembalikan kepercayaan itu .

Kini aku telah bangun , sedar dari kesilapan yang aku sendiri tak pernah fikir akan kesan nya . Yaa aku tidak matang , dan tidak memahami . Ini juga kerana aku fikir semua lelaki adalah sama . Ternyata aku silap . Sekarang aku lebih memahami . Peluang kedua dan yang terakhir ini tak mungkin aku siakan .

Aku sama sekali tidak menyalahkan apa apa . Namun aku lebih bersyukur kerana terjadi nya itu , aku dapat mengenali dia yang sebenar . Aku lebih tahu apa yang aku perlukan . Aku lebih tahu yang mana baik dan yang mana tidak . Aku percaya , setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya . Hanya perlu tabah dan yakin dengan ketentuan-Nya . Walau air mata telah kita siakan , sedarlah senyuman yang akan datang akan memberi seribu makna .

Aku benar benar ingin berubah . Dan Alhamdulillah aku dapat merubah diri ini dari hari ke hari . Apa yang lebih penting adalah kejujuran & keikhlasan .

No comments: